PENGALAMAN YANG MENDEWASAKAN KITA
Kesulitan yang di lalui memang tak semudah memperkatakannya ,
Kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .
Sebaliknya ,
Setiap orang yang di landa masaalah juga adalah golongan yang beruntung ,
Setelah mereka selesai menghadapinya ,
Sekurang-kurangnya mereka telah memperoleh satu pengalaman dan pelajaran dalam menyelesaikan masaalah tersebut .
Lantas ,
mereka akan bertambah bijak dan cerdik dalam menghadapi pelbagai masaalah .
Kerana ,
Orang yang biasa dalam kesusahan takan merasa susah dan takan nampak terlalu susah walaupun sedang dalam kesusahan sebab baginya " Alah bisa tegal biasa "
Sebaliknya ,
Orang yang tak pernah melalui kesusahan akan merasa buntu dan teramat susah baginya sebab tak pernah ada pelajaran dan pengajaran bagaimana untuk mengatasinya .
M.H.A

Tiada ulasan:
Catat Ulasan