Rabu, 31 Julai 2013

IKHLAS

1. Ikhlaskan niat melakukan sesuatu perkara. Fikirkan kejayaan yang bakal diperoleh, hasil daripada usaha yang dilakukan beserta tawakal yang kuat kepada ALLAH. Secara tidak langsung, ini akan menjadi suntikan ke arah kecemerlangan kita.

2. Jangan terlalu masukkan perkara-perkara negatif yang bakal kita hadapi ke dalam minda kita. Kesemua ini akan menjadi batu penghalang besar kepada pencapaian matlamat hidup kita.

 Orang yg bijak akan menahan diri daripada KEMARAHAN atau emosi.
kita saling menunding jari dan meperbesarkn kesalahan orang lain sedangkan kita dari rumpun yang sama, manusia biasa yang tidak sempurna. Yang baik wajib dijadikan ikutan yang buruk itu harus dijadikan tauladan.

BELAJAR untuk melihat kelemahan diri sendiri & bukan mencari keburukan orang lain. Belajar untuk memperbetulkan diri sendiri kerana itu adalah langkah pertama untuk memperbetulkan orang lain.

Siapa kita untuk mengata & menilai perbuatan baik dan buruk orang lain? Perbaiki diri sendiri, jangan buang masa kita untuk mengata dan menilai perbuatan baik dan buruk orang lain. Diri kita sendiri pun belum tentu baik zahir dan batin. Cermin diri sendiri terlebih dahulu, selalu muhasabah diri. tepuk dada tanya iman, sempurna kah iman kita?

Bersih jiwa bersih minda bersih perbuatan insyaallah bersih amalan.
dan seterusnya bersihlah kehidupan kita sebagai insan.
allahuallam,

M.H.A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan